Tip terserempak hantu

Tip 1: Hantu Pocong
-------------------
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah
cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas
kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu
rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Tip 2: Hantu Langsuir
---------------------
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik
muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat
dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Tip 3: Hantu Pontianak
----------------------
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah
ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu
dia boring.

Tip 4: Hantu Raya
-----------------
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara
mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia,
bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga
lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain
dia nak buat.

Tip 5: Hantu Galah
-------------------
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita
hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Tip 6: Hantu Jerangkung
-----------------------
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk
menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan
lihat gerak-gerinya mengimbangi badan