Kisah lawak





kisah 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa,
dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh,
gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya
membaca," kata lelaki itu dengan riang.


kisah 2
Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya,
"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi
ianya tidak pernah mengganggu saya... kentut saya tak pernah
berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut. Doktor meminta penjelasan
lebih lanjut dari perempuan tua itu... ,dan perempuan tua itu
berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika
berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya
tidak berbau dan senyap." Sambil menarik nafas.. dan tersekat2
..Doktor itu menjawab, "Ok,sekarang ambil
pil ini dan datang jumpa saya minggu depan." Seminggu
selepas itu, perempuan tua itu kembali."Tuan doktor,"
panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa
yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut
saya... walaupun masih senyap... tapi baunya sangat
busuk." Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah
mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang,
mari saya periksa telinga makcik."
moral of the story
berjaga jagalah ketika lepaskan angin tu..
walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna
orang lain pun tak dengar gak ! hehehehe..


kisah 3
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah
klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia
segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan, mereka telah melukai jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


kisah 4
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar
surat.Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke
dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat
kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang
sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


kisah 5
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah
hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga
bilik berkenaan. Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila
tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya
menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil
gambarnya...