sedut...sedut..sedut..

Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang.


Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.

Peserta Pertama datang dari Afrika,... .(peserta pertama pun bersedia) Siapppp ... . Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "eserta pertama berhasil menghisap sebuah mejaaa!",

Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!... . Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang... . semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "eserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja... !!",

Sekarang giliran peserta ke tiga... .dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya... sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba... ..zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian... Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ... ... ... .!""

Pening aku dibuatnya!

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai
anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak
tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.
Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli,
Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada
Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan
anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada
Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli,
Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri
Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah
Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli,
Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu
kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...
muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo..
phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindiri naik fening menterjemahkan
semua nih!!

Lapang

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...

Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!!

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun... Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi..

Tahukah anda??

1- Sebuah kapal akan tenggelam jika dinaiki wanita mengandung jika kapal yg dianaiki itu
adalah kapal selam.

2- Anda boleh menghentikan sebuah bas dgn menggunakan satu jari dengan cara kumpulkan segala kekuatan kemudian tekanlah loceng.

3- Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuahhelikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikoptermemerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuathelikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapatdisiapkan.

4- Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yangdipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dariarah yang bertentangan

5- Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem LaDolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzijuga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

6- Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun iaberbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yangkena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

7- Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untukmeletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kitatidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

8- Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

9- Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktulapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupakekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.